Majlis Penutupan Bulan Jom Jadi Sihat

File #080415

Bulan Jom Jadi Sihat yang telah berlangsung dari 1 Mac 2015 melabuhkan tirainya pada hari ini 8 April 2015. Satu majlis penutupan secara rasmi di adakan di stadium mini bermula jam 7.30 pagi.

Penyelaras program Pn Hjh Sabariah Mamat mengucapkan rasa syukur kerana program selama sebulan lebih ini berjalan lancar. Beliau berharap dengan segala aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang Bulan Jom Jadi Sihat ini berlangsung akan mencapai matlamatnya supaya pelajar tahu bagaimana untuk menjadi sihat dengan pemilihan makanan yang seimbang dan selalu melakukan aktiviti senaman. Semoga selepas ini, kita semua boleh mengurangkan pengambilan makanan segera dan minuman berkarbonat. Mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam secara konsisten dan tidur dengan cukup. Terima kasih kepada semua pelajar yang terlibat mengambil bahagian dalam aktiviti yang dirancang, semoga kita dapat melaksanakan lagi pada tahun-tahun hadapan.

Terdapat 6 pertandingan yang telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung dan keputusannya seperti berikut;

Bil. Aktiviti Pertandingan Pemenang
1. Pertandingan Menu Sihat
Lelaki Menengah Atas
1. JPAM
2. PBSM
3. Bomba
  Pertandingan Menu Sihat
Perempuan Menengah Rendah
1. Puteri Islam
2 JPAM
3. Pandu Puteri
2. Senamrobik
Perempuan Menengah Atas
1. Block B
2. SParta
3. ABCD
3. Baling Tin
Lelaki Menengah Atas
1. 4Sains
2. 4C
3. 5B
  Baling Tin
Lelaki Menengah Rendah
1. 1C
2. 3A
3. 3B
4. Buku Skrap 1. 3B
2. 3A
3. 2B
5. Banner 1. Santubong
2. Ledang
3. Jerai
6. Sudut Info Dadah 1. 3C
2. 4A
3. 1C

Dalam ucapan perasmian penutup, Pn Roziah Tawil mengucapkan tahniah dan syabas kepada AJK Kerja dan penganjur bersama Bulan Jom Jadi Sihat ini. Semoga semua aktiviti yang telah dijalankan akan memberi kesan kepada pelajar kerana ianya merupakan satu pengalaman yang akan dibawa keluar selepas sekolah. Setiap warga sekolah harus mengetahui apa yang perlu untuk jadi sihat, yang merangkumi aspek fizikal, mental, persekitaran dan gaya hidup.

Sihat tidak boleh ditukar ganti dengan sebarang nilai.

Kesihatan itu aspek penting kerana tanpanya kita tidak dapat melakukan tanggungjawab hidup. Oleh itu pertimbangan yang waras adalah penting dalam membuat pilihan agar dapat jadi sihat.

Majlis ini disempurnakan oleh Puan Pengetua dengan memotong riben menurunkan bunting perasmian penutup. Acara diakhiri dengan aktiviti senamromik beramai-ramai yang dipimpin oleh pemenang pertandingan senamrobik 2015 Block B.

Comments are closed.