Pertandingan Menu Sihat

File #0403151

Bersempena dengan program Jom Jadi Sihat, satu Pertandingan Menu Sihat diantara Pasukan Badan Beruniform telah diadakan pada hari Rabu 4 Mac 2015 bertempat di kantin sekolah. Pertandingan ini di bahagikan kepada 2 kategori iaitu pelajar lelaki menengah atas yang menghasilkan menu sihat bertemakan kerabu dan pelajar perempuan menengah bawah membawakan tema sarapan pagi.

Pertandingan bermula pada jam 8.00 pagi, setiap kumpulan diberikan masa 30 minit bagi menyediakan hidangan mereka. Berikut adalah keputusan pertandingan tersebut;

Kategori Lelaki Menengah Atas

1. Kadet Pertahanan Awam Malaysia 87%
2. Bulan Sabit Merah Malaysia 84%
3. Kadet Bomba & Penyelamat 82%

Kategori Perempuan Menengah Rendah

1. Persatuan Puteri Islam 87%
2. Kadet Pertahanan Awam Malaysia 80%
3. Pandu Puteri/ Ranjer Puteri 74%

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Bookmark the permalink.

Comments are closed