SPM 2014

File #030315

Hari yang paling dinantikan oleh mereka yang lahir pada tahun 1997 telah tiba, hari ini 3hb Mac 2015 keputusan SPM 2014 diumumkan. Semua calon SPM 2014 dan ibu bapa yang hadir telah berkumpul di Dewan Bestari pada jam 11.00 pagi bagi mendapatkan keputusan. Puan Pengetua dalam ucapannya memberitahu keputusan keseluruhan bagi daerah Kluang merosot di tangga ke-8 dari 11 daerah di negeri Johor. Gred Purata Daerah menurun kepada 5.06 berbanding 5.04 bagi tahun 2013. Sementara jumlah pelajar cemerlang juga menurun kepada 98 berbanding 191 pada tahun 2013.

SMK LKTP Belitong memperoleh peratus kelulusan 88.68% menurun dari 89.13% pada tahun 2013. Bagaimanapun tahniah diucapkan kerana Gred Purata Sekolah (GPS) meningkat kepada 5.28 berbanding 5.72 pada tahun 2013. Terima kasih kepada YDP PIBG kerana tanpa sokongan ibu bapa kecemerlangan ini tidak akan berhasil. Ranking sekolah berada di kedudukan ke-11 dari 28 sekolah daerah Kluang dan pencapaian ini dikira baik.

Senarai pelajar terbaik bagi SPM 2014 seperti berikut;

Angka Giliran Nama Keputusan
JC069A021 Mohamad Shahrulnizam bin A Rahman 7A
JC069A005 Muhamad Danial Asyraf bin Sazali 5A
JC069A032 Nor Haiza binti Jemain 5A
JC069A024 Muhamad Asraf bin Bibit 5A
JC069A054 Nurulnaziha binti Adman 5A

Tahniah kepada semua warga SMK LKTP Belitong.

Comments are closed.