Mentor Mentee

File #0103152

Mentor Mentee adalah kesinambungan program Sekolah Penyayang yang telah dilancarkan pada bulan Januari yang lepas. Program Mentor Mentee merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid yang berteraskan bimbingan, sokongan, kasih sayang, penghargaan dan mengasah pelbagai kemahiran seperti membuat keputusan, menghadapi masalah serta mengatasi tekanan.

Matlamat program ini adalah untuk membangun sahsiah diri murid melalui budaya amalan penyayang dengan objektif berikut;

  • Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling menghormati antara mentor dan mentee.
  • Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain.
  • Membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah hasil daripada bimbingan dan sentuhan mentor yang sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan mentee.

Comments are closed.