Festival Layang-layang Sedunia 2015

File #2402010315

Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudang telah berlangsung pada 24 Februari hingga 1 Mac 2015 dan tahun ini merupakan tahun ke-20 sejak pertama kali dianjurkan pada tahun 1995. Tahun ini juga tercipta rekod dengan penyertaan negara antarabangsa terbanyak 45 negara yang sebelum ini dipegang oleh Festival Layang-layang di Peranchis 25 negara. Antara negara yang menghantar penyertaan kali ini seperti UK, USA, Belanda, Brazil, Sri Lanka, Jerman, Peranchis, Canada, Romania, Zimbabwe dan sebagainya.

Untuk makluman, setiap negeri di Malaysia hanya boleh menghantar 3 kumpulan sahaja tetapi keistimewaan diberi kepada negeri Johor yang boleh menghantar seberapa banyak pasukan. Menyedari hakikat ini, guru pengiring Sir Mustafa Kamal Yahya telah mengambil peluang untuk membentuk Kumpulan Pelayang SMK LKTP Belitong yang digelar “Suddenly” mempelajari teknik pembuatan layang-layang dari pakar layang-layang di Kg sarang Buaya Batu Pahat dan juga dari Pasukan Pelayang SMK Bandar T6 yang berpengalaman menyertai festival ini selama 6 tahun.

[Best_Wordpress_Gallery id=”4″ gal_title=”Pelayang 2015″]

Pertandingan kategori sekolah terbahagi kepada dua iaitu sekolah-sekolah Malaysia dan sekolah-sekolah Asean yang mana Pasukan Pelayang SMKB menyertai kedua-dua kategori ini. Bagi kategori sekolah-sekolah Malaysia, Pertandingan Wau Bulan Naik yang diwakili oleh Pelayang Mohd Faizul Esmoh telah mendapat tempat ke-11 dari 180 pasukan yang bertanding. Manakala bagi kategori sekolah-sekolah Asean bertemakan “Flying for Harmony” membawa tiga pertandingan iaitu Rokoku yang diwakili Pelayang Mohd Hafiz Hamdan yang berjaya bertahan 10 minit di udara namun mandapat markah yang kurang untuk kecantikan di bumi dan di langit. Layang-layang 2D diwakili Pelayang Mohd Azamudeen Kamarudin berjaya mendapat markah yang banyak untuk kecantikan di bumi dan di langit tetapi ketahanan di udara tidak mampu bertahan selama 10 minit. Bagi Train Kites atau layang-layang keretapi diwakili oleh Pelayang Mohd Akhmal Mat Riffin mendapat markah penuh untuk ketahanan di udara selama 10 minit tetapi kurang mendapat markah untuk kecantikan di langit atas faktor kertas digunakan tidak menarik.

Guru Pengiring Kumpulan Pelayang Suddenly, Sir Mustafa Kamal Yahya merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sokongan dalam misi penyertaan Festival Layang-layang Sedunia ini. Tidak lupa setinggi-tinggi penghargaan kepada sumbangan yang diberikan oleh Panitia Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan Pn. Siti Aishah Othman, Paniti Pendidikan Seni Visual Pn. Norlela Mijan, Pusat Sumber Sekolah Pn. Fairuzi Rahamat, Panitia Sejarah Pn. Tumiah Zakaria, guru-guru, kakitangan, pelajar-pelajar dan semua yang membantu serta menyumbang tenaga.

Comments are closed.