Preview Program Persediaan Diploma UTHM

File #0403152

PROGRAM PERSEDIAAN DIPLOMA UTHM adalah sebuah program khas yang diwujudkan oleh  Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dibawah tanggungjawab Pejabat Hubungan Universiti dan Masyarakat, UTHM. K-UTECH Edu telah diberi kepercayaan untuk membantu menjayakan program ini.

PROGRAM PERSEDIAAN DIPLOMA bertujuan untuk memberi pengukuhan asas sains yang merangkumi komponen Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains Kejuruteraan. Program ini  terbuka kepada semua calon-calon peperiksaan SPM. Permohonan adalah berdasarkan Peperiksaan Percubaan SPM.

[Best_Wordpress_Gallery id=”5″ gal_title=”Preview UTHM”]

Menariknya program ini adalah di mana pelajar berpeluang merasai suasana pembelajaran dalam persekitaran universiti seterusnya mereka berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma bagi program-program DIPLOMA KEJURUTERAAN di UTHM. Program ini akan dilaksanakan dalam tempoh satu semester iaitu selama empat(4) bulan, bermula pada Januari sehingga April.

Berikut adalah senarai program-program kejuruteraan UTHM:

1. Diploma Kejuruteraan Awam
2. Diploma Kejuruteraan Mekanikal
3. Diploma Kejuruteraan Elektrik
4. Diploma Teknologi Kejuruteraan Awam
5. Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekanikal
6. Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik
7. Diploma Teknologi Maklumat
8. Diploma Sains Gunaan

Program ini akan dilaksanakan dalam tempoh satu semester. Kaedah pengajaran dan pembelajaran adalah secara kuliah, amali, tutorial, dan pembentangan dalam kuliah.

Comments are closed.