Jom Jadi Sihat

File #0103151

Jom Jadi Sihat merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan, Panitia Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama Kelab PRS dan Kelab Pencegahan Dadah & Prostar.

Badan yang sihat itu satu anugerah yang tidak boleh dijual-beli

Badan yang sihat itu satu anugerah yang tidak boleh dijual-beli

Objektif utama program ini adalah untuk memastikan tahap kesihatan warga sekolah yang baik dan mempunyai kesihatan mental yang stabil. Puan Sabariah Mamat selaku penyelaras program dalam ucapannya menerangkan program Jom Jadi Sihat bermula pada 1 Mac hingga 8 April 2015. Terdapat 5 aktiviti yang dirancang dalam program ini iaitu;

  1. Pertandingan Menu Sihat – pelajar lelaki menengah atas dan perempuan menengah rendah mewakili Pasukan Badan Beruniform.
  2. Senamrobik – pelajar perempuan menengah atas.
  3. Ceramah Antidadah.
  4. Membuat banner  – pelajar menengah rendah mengikut rumah sukan.
  5. Pertandingan Baling Tin – pelajar lelaki.
Bookmark the permalink.

Comments are closed