Minggu Seni Visual

Buletin Saujana

Aktiviti Batik Lukis

Minggu Seni Visual yang dianjurkan bersama Panitia Pendidikan Seni Visual, Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan Panitia Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan SMK LKTP Belitong bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang perkembangan diri yang seimbang melalui penghayatan terhadap hasil karya seni visual. Minggu Seni Visual ini juga diharap berupaya membantu murid meningkatkan rasa bersyukur terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Akhirnya, Minggu Seni ini diharap dapat melahirkan warga SMKB yang cemerlang dari pelbagai bidang terutamanya dari segi peningkatan nilai hidup  dan akademik.  Minggu Seni ini bermula 23 Julai hingga 3 Ogos 2017.

Pelancaran Minggu Seni Visual

Program ini bertujuan untuk membentuk keperibadian generasi muda yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif dalam jiwa setiap warga sekolah SMK LKTP Belitong.

Objektif

  • Melahirkan warga sekolah yang tahu menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan.
  • Meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin serta kemahiran dalam bidang seni visual yang dapat diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya.
  • Berkomunikasi secara visual melalui hasil karya seni.
  • Menjadikan bidang Seni Visual sebagai prospek kerjaya.
  • Menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh Seni Visual dalam konteks perkembangan sejarah Seni Visual di Malaysia dan antarabangsa.
  • Membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa.

Aktiviti Minggu Seni Visual – Minggu 1: Pameran hasil karya pelajar dan guru, pertandingan melukis poster, doodle, demonstrasi pualaman, demonstrasi batik lukis, terapi seni. Minggu 2: Pameran seni visual, demonstrasi cetakan sutera saring, landskap Taman Sanggar Visual, terapi seni ceramah kerjaya dalam bidang seni visual.

Comments are closed.