Lawatan Antarabangsa Pelajar Korea-Malaysia

Laporan olen Siti Nurul Ain Hamzah

Kluang, Johor 30 Julai. Ketibaan delegasi Korea ke Sekolah Menengah Kebangsaan LKTP Belitong pada jam 7:30 pagi. Seramai 10 orang pelajar dan 3 orang guru dari Incheon Yangchon Middle School, Korea Selatan telah menyertai program Lawatan Antarabangsa Pelajar Korea-Malaysia selama 5 hari bermula hari ini. Rombongan 13 warga sekolah Korea itu disambut meriah oleh warga SMK Belitong dengan iringan paluan kompang dan tarian kuda kepang oleh pelajar SMK LKTP Belitong.

Upacara menyambut kedatangan delegasi Korea tersebut didahului dengan ucapan alu aluan daripada pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Belitong, Puan Hjh Mahizan binti Muhammud. Dalam ucapan beliau berkata, antara objektif program pengantarabangsaan ini adalah untuk memberi pengalaman dan pengetahuan baru kepada para pelajar supaya tahap pemikiran mereka lebih terbuka luas dan cemerlang di peringkat antarabangsa.

Selain itu, program ini juga membolehkan pelajar berpeluang untuk berinteraksi dan berkomunikasi antara satu sama lain walaupun berlain bangsa. Bukan itu sahaja, mereka juga boleh mempelajari atau mengenali adat dan tradisi masyarakat yang berbeza latar belakang.

Antara aktiviti yang telah ditetapkan pihak sekolah ialah mereka akan melakukan aktiviti bersama komuniti FELDA Ulu Penggeli. Difahamkan bahawa, mereka akan diperkenalkan dengan permainan tradisional melayu seperti gasing dah congkak. Dalam pada itu,  mereka juga akan melawat sebuah perusahaan kerepek yang diusahakan masyarakat ulu penggeli sendiri yang sememangnya terkenal di sekitar kawasan Kluang.

Pada hari kedua, deligasi Korea tersebut akan turut serta dalam sesi pembelajaran di kelas kelas yang terpilih. Mereka telah ditetapkan mengikut kelas kelas yg terpilih dan berbeza tingkatan. Di samping itu, mereka akan diberi pendedahan dengan suasana dan situasi belajar yang berbeza dengan negara mereka. Dengan itu, mereka akan merasai cara belajar di kelas Malaysia yang memberi pengalaman di dunia baru.

Pada sebelah petang, mereka akan sekali lagi melakukan aktiviti bersama komuniti. Kelainannya, mereka akan melawat kilang kilang yang terdapat di sekitar kawasan FELDA Bukit Tongkat dan FELDA Ulu Belitong bersama sama komuniti .

Pada hari ketiga, para pelajar Korea ini akan dibawa ke Pantai Teluk Buih, Mersing. Mereka akan diberi peluang untuk merasai keseronokan dan menikmati keindahan pantai tersebut. Sedikit sebanyak akan membantu para pelajar tersebut menghilangkan tekanan dan mendapat ketenangan.

Pada sebelah malam, mereka akan menghadiri majlis makan malam di Dewan Cempaka FELDA Ulu Belitong . Majlis yang diadakan sebagai penutup untuk para pelajar Korea ini sebelum pulang ke negara mereka keesokan harinya. Dalam majlis tersebut, mereka dapat melihat tarian tradisional zapin yang terkenal di johor. Bukan itu sahaja , mereka juga ada membuat persembahan tarian kpop yang terkenal di negara Korea. Diharapkan majlis penutup makan malam tersebut menjadi kenangan kepada mereka.

Pada 2 Ogos. Mereka berkumpul di  Dataran Budi SMK Belitong dan bersedia untuk pulang. Majlis perpisahan juga diadakan sebelum mereka berangkat. Majlis tersebut diakhiri dengan ucapan penyelaras program pengantarabangsaan ini, En. Mustafa Kamal Yahya. Dalam ucapan beliau berharap agar kesemua aktiviti yang sekolah tetapkan memberi pengalaman dan pengetahuan yang baru kepada guru dan pelajar yang terlibat. Diharapkan semoga mereka berpuas hati dan ribuan terima kasih diucapkan atas kerjasama semua pihak. Sebelum berangkat pulang, mereka mengambil gambar buat kali terakhir ketika berada di Malaysia sebagai kenangan.

Comments are closed.