Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1438H

Laporan oleh Anis Izzati Mohamed Sallehudin

Khamis, 20 Julai 2017, telah berlangsungnya Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah yang bertempat di Dataran Budi SMK LKTP Belitong. Majlis bermula pada jam 7.00 pagi, dimulakan dengan bacaan Yasin. Kemudian majlis diteruskan dengan sesi ucapan hari raya dari wakil setiap kelas.

Seterusnya, pelajar-pelajar di arahkan pergi ke kantin untuk sesi bergambar. Kemudian pengetua SMK LKTP Belitong, Pn. Hjh. Mahizan memberi sedikit ucapan hari raya. Beliau juga merasmikan Majlis Sambutan Hari Raya ini dengan memotong ketupat yang berisi duit. Majlis diteruskan lagi dengan pertandingan marhaban bagi pelajar lelaki.

Album Gambar Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1438H

Majlis di teruskan dengan sesi temu bual raya dan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan #selfierayasmkb yang dimenangi oleh Sdri. Nur Izzati dan #wefierayasmkb pula dimenangi oleh Sdri. Afikah. Pada jam 10 majlis diteruskan dengan acara teka-teki jenis kuih. Selepas selesai acara tersebut para pelajar di minta untuk mengambil makanan. Pelajar lelaki diminta makan di dataran budi manakala. Pelajar perempuan di minta makan di kantin.

Pada jam 11 semua pelajar selesai makan dan berkumpul di Dataran Budi untuk penyampaian hadiah bagi acara ucapan hari raya terbaik. Bagi tingkatan 1 pemenangnya ialah dari kelas 1A manakala tingkatan 2 pula dimenangi oleh 2A, seterusnya tingkatan 3 pemenangnya ialah 3A. Bagi menengah atas, tingkatan 4 dimenangi oleh kelas 4MSI dan tingkatan 5 dimenangi oleh 5MST. Majlis bersurai.

Comments are closed.