Laporan oleh Nur Farzana Shahrum & Nurul Ain Mohd Asnadi

Majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman bersama Institute Hospitality & Tourisme JB
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-21 telah dilaksanakan pada hari Selasa 7 Februari 2017. Majlis bermula pada jam 2 petang sehingga 5.30 petang. Walaupun hujan turun dengan lebat, Alhamdullilah majlis tersebut tetap berlangsung dengan kehadiran ibu bapa melebihi 50% seperti yang disasarkan.
Majlis bermula dengan kehadiran perasmi YB R. Vidyananthan diiringi paluan kompang masuk ke dewan diikuti persembahan tarian bertemakan kaum di Malaysia dari kumpulan tari Seri Mastuli. Seterusnya Ustaz Noraziz Ahmad membacakan doa bagi memberkati perjalanan majlis

Pengetua SMKB – Pn. Hjh. Mahizan binti Muhammud
Dalam ucapannya Tuan Pengetua menegaskan anak-anak adalah penyejuk hati ibu bapa, kejayaan anak merupakan hadiah paling bernilai dan kejayaan itu bermula dari ibu bapa. Oleh itu pihak sekolah berharap ibu bapa tidak meletakkan tanggungjawab mendidik 100% kepada pihak sekolah tetapi yang utama pastikan anak bangun awal dan datang ke sekolah setiap hari. Berilah tumpuan kepada pelajaran anak dan berilah kasih sayang. Pelibatan ibu bapa dalam aktiviti sekolah akan dapat menyuntik semangat anak-anak kerana pencapain kurikulum itu penting. Sebagai perbandingan PT3 meningkat bagi 3 tahun ini seperti berikut;
2014 | 2015 | 2016 | |
GPS | 4.03 | 3.59 | 3.35 |
% Menguasai | 13.9 | 21.35 | 41.98 |
Bagi peperiksaan SPM 2016 pula kita berharap dan sama-sama berdoa agar mendapat keputusan yang terbaik dan paling cemerlang. Dasar-dasar KPM yang perlu ibu bapa tahu seperti beriku;
- PBS untuk menjamin pencapaian murid tidak berasaskan peperiksaan bertulis semata-mata.
- HEM adalah komponen penyokong yang penting, dan telah merancang dan melaksanakan program-program agar murid gemilang sahsiahnya.
- 10% markah aktiviti kokurikulum untuk masuk ke IPT.
- KSSM menggantikan KBSM dilaksanakan untuk tingkatan 1 bagi tahun 2017 ini.
- Penguasaan kemahiran abad 21 seperti pemikiran kritis dan inovatif.

YDP PIBG – En. Zainal Abidin bin Jilani
YDP PIBG En. Zainal Abidin bin Jilani menyeru semua ibu bapa agar terus komitmen untuk melibatkan diri dalam apa-apa jua aktiviti yang dianjurkan pihak sekolah. Dalam ucapan perasmian oleh YB En. R. Vidyananthan pula, beliau mengingatkan sebagai ibu bapa penting untuk mengambil tahu aktiviti anak-anak kerana cabaran hidup di hari ini amatlah mencabar dan ianya sungguh berbeza berbanding 20 tahun dulu. Faktor dunia tanpa sempadan menyebabkan anak-anak terdedah kepada maklumat dan pergaulan sosial diatas talian yang perlu ibu bapa pantau.
Selepas perasmian diadakan majlis penyampaian cenderahati kepada AJK PIBG sesi 2016 dan juga cabutan bertuah. Seterusnya sesi mesyuarat PIBG ke-21 bermula. Mesyuarat berakhir sekitar jam 5.30 petang.

Sesi Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-21
Buku Program Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-21
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-21 7 Februqari 2017