Sukantara

Laporan oleh Azlina Boko

Sukantara bagi tahun 2017 ini telah dilaksanakan pada hari Isnin 6/2 dan Rabu 8/2. Matlamat utama Sukantara adalah untuk memberi peluang kepada setiap ahli rumah menyumbang mata bagi membantu kemenangan. Oleh itu sistem pemberian mata bagi setiap acara dipermudahkan dengan kiraan 1 mata hingga 7 mata, dengan harapan setiap ahli rumah boleh menyumbang sekurang-kurangnya 1 mata. Pelaksanaan Sukantara dibahagikan kepada empat fasa seperti berikut;

Fasa 1: 6/2:7.30-8.30 Lompat Jauh-Ledang, Lontar Peluru-Kinabalu, 100M-Jerai/Santubong
Fasa 2: 6/2:8.30-9.30 Lompat Jauh-Jerai, Lontar Peluru-Santubong, 400M-Ledang/Kinabalu
Fasa 3: 8/2:7.30-8.30 Lompat Jauh-Santubong, Lontar Peluru-Jerai, 100M- Ledang/Kinabalu
Fasa 4: 8/2:8.30-9.30 Lompat Jauh-Kinabalu, Lontar Peluru-Ledang, 400M- Jerai/Santubong

Keputusan Rasmi Sukantara 2017

RUMAH K T1 T2 T3 T4 T5 JUMLAH MATA
LEDANG L 21 57 121 34 68 301 464
P 45 27 18 44 29 163
SANTUBONG L 28 23 46 73 80 250 431
P 34 47 27 50 23 181
JERAI  L 30 62 70 47 65 274 424
P 36 25 18 37 34 150
KINABALU L 26 48 55 60 57 246 392
P 31 25 27 44 19 146

Comments are closed.