Pendaftaran Pelajar Sesi 2017

Laporan oleh Anis Izzati Mohamed Sallehudin

Hari Pertama: Pada 28 Disember 2016 telah diadakan pendaftaran semula tingkatan 2, 3, 4 dan 5 tahun 2017, mula berlangsung pada jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari di SMK LKTP Belitong. Semua pelajar tingkatan 2 hingga tingkatan 5 diberi arahan untuk masuk ke dalam dewan bagi mendengar taklimat awal. Atur cara majlis dimulakan dengan doa pembukaan oleh al-Fadil ustaz Zamri bin Abdullah untuk membaca doa pembuka majlis. Setelah selesai bacaan doa, ucapan pertama daripada puan Mahizan binti Muhammud selaku pengetua SMK LKTP Belitong. Dalam ucapan beliau disebutkan beberapa perkara mengenai sesi pembelajaran dari segi masa. Selain itu, diingatkan mengenai jadual masa yang ditetapkan. Beliau juga mengharapkan para pelajar sentiasa menepati masa dan jadual yang ditetapkan tanpa sebarang masalah. Selepas itu, ucapan kedua oleh encik Zulkapli bin Ahmad selaku penolong kanan hal ehwal murid. Beliau memberi taklimat mengenai peraturan-peraturan sekolah bagi sesi 2017.

daftar-1010

Dalam peraturan tersebut ditekankan mengenai telefon bimbit yang tidak dibenarkan bawa masuk dalam kawasan sekolah, menekankan aspek kebersihan dan kekemasan diri semasa di dalam kawasan sekolah dan menekankan juga aspek disiplin diri untuk mematuhi peraturan sekolah yang ditetapkan. Dengan akhirnya ucapan daripada Encik Zulkapli tadi berakhirlah majlis itu. Sebelum semua bersurai, sekali lagi diminta al-Fadil ustaz Zamri bin Abdullah untuk membaca doa penutup. Seterusnya, para pelajar diminta naik ke kelas masing-masing untuk membersihkan kelas seperti mengemas meja dan menyapu sampah. Aktiviti ini untuk memudahkan proses pembelajaran pada Januari sesi 2017. Setelah selesai aktiviti pembersihan kelas, pelajar diminta untuk turun dan keluar dari kelas masing-masing dan bergerak ke koperasi Blok E untuk membuat bayaran pembelian buku bagi sesi persekolahan tahun 2017 mengikut harga buku setiap tingkatan. Sehubungan dengan itu, semua pelajar tingkatan 4 & 5 diminta ke bilik SPBT untuk mengambil buku teks. Setelah selesai semua urusan pendaftaran dan pembelian buku, semua pelajar dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Semoga para pelajar lebih semangat dan bersedia untuk hadir ke sekolah bagi sesi 2017.

Hari Kedua: Pada 29 Disember 2016 berlangsung satu majlis pendaftaran tingkatan 1 di dewan SMK LKTP Belitong. Majlis berlangsung pada jam 8.00 pagi hingga 12 tengah hari. Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh encik Asrul Fadhli bin Jailani. Seterusnya, ucapan alu-aluan daripada tuan pengetua SMK LKTP Belitong, puan Mahizan binti Muhammud. Dalam ucapan beliau mengatakan beberapa perkara kepada ibu bapa yang hadir mengenai semua pencapaian sekolah setiap tahun dari peperiksaan PT3 dan SPM. Sehubungan dengan itu juga beliau menekankan aspek disiplin sekolah, niat hadir ke sekolah, dan aspek pembelajaran. Selepas itu, encik Mustafa Kamal bin Yahya pula mempamerkan sebuah video khas tentang sekolah kepada semua ibu bapa yang hadir. Seterusnya, ibu bapa diminta untuk mendaftarkan anak-anak mereka mengikut tingkatan bersama guru yang terlibat  yang menunggu. Setelah daftar kelas, semua ibu bapa dan anak-anak mereka ke bilik SPBT untuk mengambil buku teks. Akhir sekali, semua ibu bapa dan anak-anak mereka pergi ke bilik koperasi blok e untuk membuat bayaran pembelian buku-buku dan yuran mengikut nilai harga setiap kelas. Akhir kata, semoga para pelajar tingkatan 1 menjadi pelajar yang cemerlang untuk mengharumkan nama SMK LKTP Belitong.

Buku Program Pendaftaran Pelajar Ting 1 2017

Comments are closed.