Sambutan Maulidur Rasul Perdana 1437H

File #280116

Buat pertama kalinya satu Majlis Sambutan Maulidur Rasul Perdana yang menggabungkan SMK LKTP Belitong, SK LKTP Belitong, Sekolah Agama Belitong, Sekolah Agama Bukit Tongkat, Tabika KEMAS Felda Ulu Belitong, Tabika KEMAS Felda Bukit Tongkat, Klinik Kesihatan Belitong, PDK dan GPW telah berjaya diadakan pada hari Khamis 28 Januari 2015.

Majlis dimulakan dengan semua peserta berkumpul di perkarangan SMK LKTP Belitong sebelum berarak keluar beramai-ramai mengelilingi kawasan pusat perniagaan felda sebelum balik semula ke sekolah dan berakhir di Stadium Mini SMK LKTP Belitong. Diantara tetamu yang turut hadir pada majlis ini ialah YDP PIBG, Guru-guru Besar, Pengurus-pengurus Felda, Pengurus Ladang Sindora, Pengawai Perhubungan Sekolah IPD Kluang, Penolong PPD Perhubungan, Peyelia Pendidikan Islam PPD Kluang dan lain-lain.

Majlis sambutan dimulakan dengan bacaan doa, diikuti bacaan ayat suci Al Quran, berzanji dan dengan nasyid. Tokoh Maulidur Rasul bagi tahun 1437 hijrah ini telah dianugerahkan kepada Tn Haji Sudarma Dugal, mantan kaunselor SMK LKTP Belitong yang telah bersara tetapi masih gigih menyumbang tenaga kepada sekolah.

Penceramah undangan pada pagi ini adalah Ustaz Abdullah bin Yusof, Perunding Motivasi PPD Johor Bahru. Antara isi ceramah yang disampaikan seperti berikut;

Nabi Muhammad SAW membawa rahmat ke seluruh alam untuk semua umat manusia tidak mengira bangsa.

Bila mendengar azan hendaklah kita diam dan mengerjakan solat itu memerlukan kekuatan serta untuk berjaya hendaklah mengerjakan solat tahajud.

Anak-anak yang ingin berjaya hendak kembali kepada Al Quran, hiburan perlu dikurangkan, bila hendak keluar rumah untuk pergi menuntut ilmu hendaklah salam dan cium tangan ibu bapa.

Panggilan nama hendaklah yang baik-baik kerana nama itu satu doa, dengar cakap ibu, jangan terlepas cakap atau bergurau berkenaan hal Rasulullah.

Sayangilah orang yang Nabi sayang iaitu keluarga, sahabat-sahabat dan anak-anak yatim.

Comments are closed.