Laporan oleh Nur Farzana binti Shahrum
Program ini melibatkan tingkatan 1 yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam menengah rendah manakala tingkatan 4 yang baru sahaja memasuki menengah atas. Program ini dijalankan selama 3 hari bermula 2 Januari sehingga 4 Januari. Program ini bermula dari sesi pagi sehingga sesi tengah hari. Guru guru yang terlibat juga turut serta untuk memeriahkan program.
Ramai guru yang memberi taklimat tentang pembelajaran tingkatan 1 dan tingkatan 4. Selepas 3 hari program itu berlangsung, pelajar tingkatan 1 memasuki kelas untuk membersihkan kelas dan memulai sesi pembelajaran. Sedikit penghargaan kepada guru kaunseling kerana menjalankan program ini dengan lancar.
Buku Program Jalinan Mesra Ting 1
Buku Program Jalinan Mesra Ting 4