Hari Terbuka Tingkatan 2, 3 & 5

File #040215

Pada hari Rabu 4 Februari 2015, SMK LKTP Belitong telah mengadakan Hari Terbuka bagi tingkatan 2, 3 dan 5. Hari Terbuka ini bertujuan untuk menyampaikan Pelaporan Peperiksaan Akhir Tahun tingkatan 4 sesi 2014 bagi kelas-kelas tingkatan 5 dan Pelaporan Pentaksiran Berasaskan Sekolah tingkatan 1 dan 2 sesi 2014 bagi kelas tingkatan 2 dan 3.

Bagi ibu bapa/ penjaga yang anak-anak mereka berada di tingkatan 5 boleh terus mendapatkan pelaporan tersebut sebaik Hari Terbuka bermula pada jam 11.00 pagi di kelas masing-masing. Sementara itu, untuk ibu bapa/ penjaga bagi pelajar menengah rendah diberikan Taklimat berkenaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang diadakan di Dewan Bestari bermula pada jam 10.30 pagi.

Taklimat PBS disampaikan oleh Penolong Kanan 1 Encik Basir bin Ibrahim menyentuh tentang konsep PBS yang kini menjadi satu dimensi baru dalam bidang pendidikan. Ibu bapa/ penjaga juga diberikan brosur berkenaan PBS bagi menambahkan kefahaman mereka.

Di akhir sesi taklimat, Puan Pengetua, Puan Roziah binti Tawil dalam ucapannya menyatakan Hari Terbuka ini merupakan Program Sarana Ibu Bapa di bawah aktiviti PIBG untuk meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak. Beliau percaya anak-anak di sekolah ini mempunyai potensi yang amat baik untuk berjaya. Oleh itu, pihak sekolah telah menyediakan kelas tambahan waktu petang dan malam untuk pelajar tingkatan 5 kerana percaya sekolah adalah tempat yang paling sesuai untuk belajar. Ibu bapa/ penjaga juga diharapkan supaya prihatin terhadap kehadiran pelajar ke sekolah kerana pihak sekolah amat bimbang sekiranya pelajar yang tidak berminat ke sekolah ini akan terjejas masa depannya. Selain itu, Puan Pengetua juga mengalu-alukan ibu bapa/ penjaga memberikan apa sahaja sumbangan dalam membangunkan kemajuan sekolah.

ALBUM GAMBAR HARI TERBUKA TINGKATAN 2, 3 & 5

Anak-anak di sekolah ini adalah aset, mudah-mudahan satu hari nanti mereka dapat berjaya dalam hidup mereka. Terima Kasih kepada semua ibu bapa/ penjaga yang hadir, semoga bersama-sama menjadi ibu bapa yang cemerlang.

Comments are closed.