Laporan oleh Siti Nor Khalidah Mohamad Noh
Pada 31 Januari, satu kursus telah diadakan khas untuk pengerusi, setiausaha dan bendahari Pasukan Badan Beruniform, Kelab, dan Persatuan. Kursus ini diadakan dari jam 8 pagi hingga 1 petang.
Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi taklimat kepada pemimpin Pasukan Badan Beruniform, Kelab dan Persatuan tentang perkara-perkara yang harus dilakukan serta tanggungjawab mereka terhadap tugas masing-masing. Taklimat dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pn. Azlina binti Boko kepada semua peserta.
Kursus ini diteruskan lagi dengan taklimat daripada Encik Abdul Hafiz bin Othman tentang tugas-tugas serta perkara yang perlu dilakukan sebagai pengerusi, setiausaha dan bendahari. Pelbagai maklumat diberikan kepada semua peserta kursus.
Pada jam 10.30 pagi peserta diminta berkumpul semula ke dewan.semua bendahari Pasukan Badan Beruniform,Kelab dan Persatuan diminta ke bilik akaun untuk mendapat tunjuk ajar dari Encik Ghaffar dan Encik Asrul Fadhli tentang cara menguruskan wang atau yuran kelab. Manakala para penerusi dan setiausaha diminta berkumpul di dewanbagi menyiapkan carta organisasi setiap kelab bagi ditampal di papan kenyataan.
Pada jam 12.30, semua peserta diminta berkumpul semula di dewan bagi sesi bergambar. Selepas itu, semua peserta bersurai. Kursus yang diadakan ini berjaya dilaksanakan kerana semua peserta bekerjasama melakukan tugasan yang diberikan.