Team Laman Web
Khamis 23 Januari 2014: SMK LKTP Belitong telah menganjurkan Kejohanan Merentas Desa 2014. Acara pada pagi ini dimulakan dengan sesi pemanas badan senamrobik yang dipimpin oleh Cikgu Mustafa Kamal dan disertai oleh semua pelajar dan juga guru. Kejohanan dimulakan dengan melepaskan pelajar P13 untuk memulakan larian diikuti kategori P15, P18 , L13, L15 dan L18. Terima kasih diucapkan kepada YDP PIBG SMK LKTP Belitong, En. Zainal Abidin Jelani, pihak RELA dan Ketua Balai Polis Renggam kerana sudi sudi hadir bagi membantu melancarkan program yang dijalankan. Tahniah diucapka buat semua pemenang, berikut kedudukan mata bagi Kejohanan Merentas Desa 2014;
LELAKI | PEREMPUAN | JUMLAH | |
LEDANG | 146 | 292 | 438 |
SANTUBONG | 234 | 183 | 417 |
KINABALU | 185 | 148 | 333 |
JERAI | 160 | 147 | 307 |