Buletin Saujana
Pada 2 Januari 2014, pihak SMKB telah menjalankan Hari terbuka SMKB bagi pelajar tingkatan 1, 2 dan 4 tahun 2013 untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pelajar semasa peperiksaan akhir tahun lepas. Para guru akan berkongsi maklumat dengan ibu bapa tentang pencapaian dan sahsiah anak mereka semasa di sekolah. Peperiksaan Akhir Tahun 2013 merupakan peperiksaan yang penting kerana bukan sahaja bertujuan untuk menguji kefahaman pelajar, malah markah peperiksaan ini juga akan digunakan sebagai TOV (Take off value) bagi menentukan ETR (Expacted Target Result) bagi tahun ini. Pada hari yang sama juga telah diadakan pengagihan Bantuan Khas Awal Persekolahan (BKAP) sebanyak RM100.00 kepada setiap pelajar melalui penjaga masing-masing. Sekalung tahniah kepada ibu bapa yang datang. Keprihatinan tuan puan amat dihargai oleh pihak sekolah supaya dapat memberi semangat kepada anak masing-masing untuk terus maju.