Laporan oleh Nur Mazlela Mazalan
Pada 25 Januari, bersamaan hari Sabtu, bertempat di Gunung Lambak, Kluang. Encik Basir Bin Ibrahim telah menganjurkan program Ekspedisi Mendaki Gunung Lambak. Tujuan program ini diadakan ialah untuk melihat dan mengetahui sejarah Gunung Lambak. Selain itu, program ini juga dijalankan untuk menikmati keindahan alam di Gunung Lambak. Bas bertolak pada jam 8.00 pagi dengan diiringi oleh Encik Basir bin Ibrahim dan Cik Nur Hidayah bt Ramdan.
Kami tiba di Gunung seawal jam 9.30 pagi dan terus memulakan aktiviti pemanasan badan sebelum mendaki yang diketuai oleh Saudara Abdullah Bin Ahmad. Pendakian dimulakan pada jam 10.00 pagi di bawah kelolaan Encik Akbal Bin Shariff dan Encik Rosmi bin Majidek. Guru-guru yang turut mengikuti program ini antaranya ialah Encik Hasrin bin Superdi dan Encik Azhar bin Rezali.
Pada jam 11.00 pagi, kami berjaya sampai pada tahap pertama pendakian. Kami berehat sebentar sebelum memulakan pendakian hingga ke puncak. Pada jam 12.00 tengah hari, kami berjaya menawan puncak gunung dengan perasaan gembira. Kami turun pada jam 12.30 tengah hari dan pulang ke sekolah pada jam 1.30 tengah hari.