Hari Perpisahan En. Kifli bin Mohamad

Laporan oleh Nur Athira Binti Mohd Bakri

Pada hari Jumaat, 11 Januari 2013 Sekolah Menengah Kebangsaan LKTP Belitong telah mengadakan satu majlis bagi meraikan perpindahan Encik Kifli Bin Mohamad, mantan Guru Penolong Kanan Pentadbiran  yang telah berkhidmat selama 12 tahun di sini. Majlis tersebut bermula pada jam 8 pagi yang dihadiri oleh semua pelajar, guru dan kakitangan SMKB.

Majlis dimulakan dengan perarakan masuk Encik Kifli ke Stadium Mini SMKB dengan diiringi paluan kompang. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zamri Bin Abdullah. Majlis diteruskan dengan ucapan wakil pelajar oleh saudara Hishamuddin Bin Nasran. Seterusnya, ucapan wakil guru oleh Encik Mustafa Kamal Bin Yahya. Pada masa yang sama, Encik Mustafa Kamal mendendangkan sebuah lagu yang bertajuk “PERPISAHAN” yang dituju khas buat yang dirai Encik Kifli. Majlis diserikan lagi dengan penyampaian cenderamata dan penghargaan kepada Encik Kifli atas khidmat dan ilmu yang dicurahkan di sekolah ini. Kami di SMKB sangat menghargai segala jasa baik yang beliau berikan. Kami di SMKB mendoakan agar Encik Kifli terus berjaya dan selamat menjalankan tugas di Sekolah Menengah Sains Sembrong.

Comments are closed.