Hari Terbuka & Penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan

ht

Laporan oleh Nurasyura bt Abd Karim dan Nur Farahana bt Mohd Sumbandi

Pada 16 Januari 2013 yang lalu, Sekolah Menengah Kebangsaan LKTP Belitong telah mengadakan dua program serentak iaitu Hari Terbuka bagi tingkatan 2, 3, 5 dan penyerahan wang RM 100 kepada semua ibu bapa pelajar. Program-program ini berjalan dari jam 12.00 tengah hari hingga 3.50 petang. Hari terbuka dijalankan di dalam kelas-kelas tingkatan 2, 3, dan 5, manakala, penyerahan wang bagi semua tingkatan bertempat di dewan SMK LKTP Belitong.

Bagi para pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 pula diadakan sesi Ceramah ‘Membina Matlamat’ yang disampaikan oleh Ustaz Hj. Muhaizan B. Hj. Hussin.beliau dari Sekolah Kebangsaan Bt.3,Kluang. Program ini bertempat di surau Al-Falah bertujuan membuka minda pelajar tingkatan1 dan 4 tentang membina matlamat hidup. Sepanjang program ini dijalankan,Ustaz Muhaizan telah berkongsi cerita dengan para pelajar tentang kisah nabi serta kisah-kisah teladan.

Bagi program Hari Terbuka, Ibu bapa mula hadir seawal waktu yang telah ditetapkan dan setelah selesai ibu bapa dikehendaki ke dewan bagi mengambil wang RM 100 yang diberi sebagai inisiatif kerajaan. Setelah selesai, para pelajar dibenarkan pulang bersama-sama ibu bapa mereka. Program terus dijalankan dan tamat pada jam 3.50 petang .

Comments are closed.