Program Orientasi Tingkatan 1 & 4

Laporan oleh : Nurul Atikah Binti Bachok

Pada 2 dan 3 Januari 2013, telah berlangsungnya Program Orientasi Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat atau lebih dikenali sebagai program suai kenal. Program ini bertempat di dewan SMK LKTP Belitong . Program ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling , program ini sangat berfaedah kepada pelajar tingkatan satu dalam menempuhi fasa transisi daripada alam sekolah rendah ke sekolah menengah . Pelajar diberikan pendedahan daripada segenap aspek iaitu emosi dan rohani , antara pengisian program ialah program motivasi,kenali sekolah,nyanyian lagu sekolah dan juga solat zuhur secara berjemaah . Selain itu, tingkatan empat pula diberi pendedahan dan gambaran tentang alam persekolahan menengah atas dan juga taklimat  pemilihan pakej matapelajaran tingkatan empat bagi menentukan aliran yang mahu dipilih yang disampai oleh guru kaunselor iaitu Cikgu Sudarma Bin Dugal .

Seterusnya,pelajar-pelajar juga diberi penerangan mengenai disiplin di SMK LKTP Belitong antara penerangannya  ialah mengenai e-Disiplin. Taklimat ini disampaikan oleh guru disiplin iaitu Cikgu Akbal Bin Sharif .  Selepas rehat Tuan Haji Zainudin Bin Abu Bakar iaitu Penolong kanan Kokurikulum memberi informasi tentang kokurikulum . Selepas itu , pada 3 Januari 2013 taklimat pakej mata pelajaran tingkatan empat  dan juga pengagihan pelajar mengikut kelas  disampaikan oleh Cikgu Sudarma Bin Dugal. Selepas pengagihan pelajar mengikut kelas, pelajar-pelajar  tingkatan empat dibenarkan masuk ke kelas dan pengagihan jadual waktu kelas dan pelantikan ketua tingkatan, AJK-AJK dan sebagainya. Manakala , pelajar-pelajar tingkatan satu di beri taklimat mengenai Pusat Sumber Sekolah, peraturan-peraturan di kantin, pinjaman buku teks, serta melawat di sekitar sekolah. Program diakhiri dengan penutupan majlis oleh En. Md Jais bin Samat, Pengetua SMK LKTP Belitong.

Comments are closed.