Keputusan PMR 2012

Laporan oleh En. Asrul Fadhli bin Yailani@Jailani

Pada 19 Disember 2012  telah diumumkan keputusan PMR tahun 2012  yang mana sekolah kita telah melakar sejarah apabila memperoleh keputusan yang paling tinggi sejak penubuhannya pada tahun dengan memperoleh 71.12% dengan GPS 2.70. Sekolah kita telah melahirkan 5 orang pelajar 8A. Pelajar yang bertuah itu ialah Mohamad Aliff Akmal bin Ismail, Norfatin Amira binti Samin, Norsharina binti Shamsudin, Nur Aisyhah bt Minhat dan Nur Asyura bt Abdul Karim. Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pencapaian cemerlang ini. Semoga kecemerlangan ini dapat diteruskan dalam peperiksaan SPM 2012 nanti. Kita seharusnya berbangga kerana usaha guru-guru PMR khususnya membuahkan hasil. Tahniah diucapkan kepada para guru yang terlibat.

Comments are closed.