Laporan oleh Nur Farzana Shahrum
Bertarikh 18 Mei 2017 pada hari Khamis, sambutan hari guru diadakan meriah bertempat di stadium mini SMK LKTP BELITONG. Program ini dijalankan pada jam 7.30 pagi hingga 12.40 tengah hari. Atur cara program dikendalikan oleh pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber. Sambutan hari guru pada tahun ini bertemakan Guru Pembina Bangsa Dan Negara. Semua guru berpakaian seragam iaitu songket.
Semua pelajar dikumpulkan di mini stadium pada jam 7.30 pagi sementara guru-guru sedang bersiap sedia untuk berjalan ke stadium dari dewan dengan diiringi oleh pengawas sekolah. Seterusnya, semua guru diberi sagu hati dari setiap pengawas sebagai tanda penghargaan. Majlis diteruskan dengan bacaan Yasin dan tahlil ringkas. Pada jam 8.30, ucapan alu- aluan dari Puan Pengetua, Hjh Mahizan Binti Muhammud dan sekali gus merasmikan program sambutan hari guru tersebut.
Seterusnya, persembahan dari pelajar iaitu saudari Nur Anis Izzati Binti Salehudin dan saudari Alia Maisarah Binti Abu Zahrin iaitu mendeklamasikan sajak bertajuk ‘Guru’. Seterusnya, persembahan dari pelajar dari kelas 5SKM dan 5MSI .Semua guru dan pelajar terhibur dengan persembahan tersebut. Selanjutnya persembahan dari dua orang guru iaitu Sir Mustafa Kamal dan Puan Hidayah . Persembahan mereka sangat gempak dan luar biasa. Program ditangguhkan untuk memberi laluan kepada pelajar rehat dan bergambar di pelamin yang disiapkan oleh para pelajar.
Selepas itu, majlis diserahkan kepada pengawas pusat sumber untuk acara sukaneka yang menarik. Program ini di mulakan pada jam 10.45. Banyak acara yang menarik antaranya ialah Menara cawan, sungai asid, botol pening lalat dan sebagainya. Acara sukaneka ini disambut dengan meriah sekali. Banyak sagu hati disediakan bagi para pemenang.
Akhir sekali, program tamat pada jam 12.15 dengan ucapan penutup dari pengacara majlis. Penyampaian hadiah disampaikan kepada para pemenang. Bagi guru paling sporting, guru yang baru menerima cahaya mata, guru yang baru kahwin,dan guru yang paling meletop juga diberi sagu hati daripada pihak sekolah. Majlis ini diadakan dengan meriah dan sambutan yang amat baik dari pihak sekolah. Majlis berakhir dengan bacaan doa dan tasbih khifarah. Guru-guru menjamu selera di dewan dan pelajar bersurai.