Kempen Bulan Budi Bahasa 2017

Laporan oleh Nur Farzana Shahrum

Kempen ‘Budi Bahasa Budaya Kita’ yang dianjurkan bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan Panitia Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan dan Pendidikan Khas SMKB serta Pusat Sumber Sekolah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang perkembangan diri yang seimbang melalui adab dan tatacara kehidupan bermula dari Jasmani, Emosi, Rohani, Intelektual dan jaringan Sosial (J.E.R.I.S). Kempen ini juga diharap dapat melahirkan warga SMKB yang cemerlang dari pelbagai bidang terutamanya dari segi sahsiah dan akademik.

Program ini bertujuan untuk menyemai semula dan menyemarakkan amalan berbudi bahasa dan penghayatan nilai-nilai murni ke dalam jiwa setiap warga sekolah SMK LKTP Belitong.

Objektif Bulan Budi Bahasa;

  • Melahirkan warga sekolah khususnya para pelajar yang lebih berbudi bahasa dengan mengamalkan budaya mengucap selamat (salam), bersopan santun, senyum dan hormat menghormati.
  • Melahirkan warga sekolah khususnya para pelajar akan menjadikan budi bahasa sebagai amalan setiap hari.
  • Mengurangkan kadar salah laku disiplin pelajar-pelajar SMK LKTP Belitong.
  • Mewujudkan suasana pembelajaran yang harmoni selaras dengan matlamat sekolah penyayang.

 

Comments are closed.