Laporan oleh Nur Farzana Shahrum
Pelajar pelajar Sekolah Menegah Kebangsaan LKTP Belitong berkumpul di dewan sekolah untuk mendaftar dan melaporkan diri sebagai tanda hadir. Selepas itu, majlis diserahkan oleh Tn. Hj. Zainuddin untuk memberi sedikit ucapan sebagai penolong kanan kokurikulum. Selanjutnya, majlis diteruskan lagi dengan sedikit penerangan oleh cikgu Hafiz berkaitan bagaimana untuk menjalankan pengurusan setiap Pasukan Unit Beruniform, Persatuan & Kelab dan 1M1S. Selepas memberi penerangan, pelajar-pelajar diminta mengikut kelab dan selainnya untuk membuat carta organisasi secara berkumpulan .
Setelah 2 jam ½ membuatnya, pelajar-pelajar mengemas dan membersihkan dewan lalu bergerak ke kantin untuk menjamu selera. Majlis bersurai pada jam 12 tengah hari .