Laporan oleh Aiman Najla Muchtar
Pada hari Ahad 18 Mei 2014, SMK LKTP Belitong telah mengadakan majlis sambutan Hari Guru bersempena dengan Hari Guru yang jatuh pada 16 Mei 2014. Sambutan tersebut diadakan di Mini Stadium SMKB.
Para pelajar mula berkumpul di astaka stadium pada jam 7:30am. Kemudian, para pemimpin pelajar mengiringi guru – guru ke stadium bagi memulakan majlis tersebut. Aturcara majlis dimulai dengan bacaan doa da nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Johor dan lagu Sekolah. Seterusnya, Encik Basir Bin Ibrahim selaku Penolong Kanan Pentadbiran menyampaikan ucapan perutusan hari guru dari kementerian pelajaran. Kemudian ucapan alu-aluan oleh Ketua pelajar iaitu Saudara Muhammad Danial Asyraf B Sazali. Dalam ucapannya, beliau yang mewakili semua murid menyampaikan ucapan Selamat Hari Guru dan ucapan terima kasih kepada guru-guru atas segala ilmu dan didikan yang diberikan serta mendoakan mereka sentiasa diberkati Allah SWT didunia dan akhirat. Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan oleh pengetua dan pengurus Felda bukit Tongkat telah dijemput bagi merasmikan majlis sambutan Hari Guru pada kali ini.
Majlis kemudian digamatkan lagi dengan persembahan nyanyian lagu tema Hari Guru dan lagu “ Kami Guru Malaysia” dan seterusnya bacaan ikrar Hari Guru yang diketuai oleh Cikgu Mustafa Kamal. Guru-guru diberikan cenderahati daripada badan pengawas sekolah. Majlis berjalan dengan sangat meriah. Acara pemotongan kek dan pulut kuning juga diadakan sebelum para guru mengambil gambar beramai-ramai.
Kemeriahan sambutan majlis hari guru diserikan lagi dengan persembahan nasyid yang bertajuk “Ya Hanana” oleh kumpulan nasyid sekolah. Pelajar kelas 5 Cemerlang juga ada membuat persembahan sketsa yang bersahaja tetapi menarik melalui nyanyian lagu yang digubah sendiri. Cikgu Mustafa Kamal dan pelajar 2 Amal juga membuat persembahan yang mempunyai elemen jenaka spontan diiringi nyanyian lagu yang sangat merdu oleh Cikgu Mustafa kamal sebagai ketua peneraju persembahan.
Acara penyampaian anugerah kepada guru-guru berlangsung dalam suasana gilang gemilang. Berikut adalah keputusan daripada hasil undian pelajar:
Guru Inspirasi | Cg Sudarma & Cg. Halimaton |
Guru Kreatif/ Tangan Emas | Cg. Sabariah & Cg. Rosli |
Guru Mesra Alam/ Sporting | Cg. Hafiz & Cg. Siti Aisyah |
Guru Penyayang | Cg. Basir & Cg. Sabariah |
Guru Kegilaan Ramai | Cg. Asrul & Cg. Azzyean |
Guru MelerTOP | Cg. Hafiz & Cg. Syidah |
Tahniah diucapkan kepada guru yang menerima anugerah.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan acara sukaneka yang bermula pada pukul 11.00 pagi. Guru-guru bagi setiap rumah sukan menyertai acara nyanyian. Suasana begitu meriah kerana guru-guru dan setiap murid memberikan sokongan kepada pasukan masing-masing.
Majlis sambutan berakhir kira-kira jam 12.15 tengah hari dengan acara pemberian cenderamata daripada murid kepada semua guru sebagai tanda penghargaan di atas segala jasa dan bakti yang dicurahkan. “Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi” Selamat Hari Guru, Terima Kasih Cikgu.