Laporan oleh Aiman Najla Muchtar
Pada 14 Mei 2014, acara sukaneka bersempena dengan Hari Guru 2014 telah dijalankan di padang stadium mini SMKB. Acara bermula pada jam 7:45am sehingga 8:50am. Semua pelajar berkumpul di stadium tersebut bagi memberi sokongan dan memeriahkan acara.
Guru-guru mewakili setiap rumah sukan iaitu rumah Jerai, Santubong, Ledang dan Kinabalu menyertai pertandingan yang telah dirancang oleh pelajar. Acara sukaneka yang dimainkan ialah pertandingan petanque bagi guru perempuan dan galah panjang bagi guru lelaki.
Berikut adalah keputusan pertandingan:
Guru Lelaki | Guru Perempuan | |
Pusingan Awal | Ledang-2 vs 1-Kinabalu | Jerai-3 vs 2-Ledang |
Santubong-2 vs 1-Jerai | Kinabalu-1 vs 3-Santubong | |
Pusingan Akhir | Ledang-1 vs 0-Santubong | Jerai-2 vs 4-Santubong |
Kategori guru lelaki dimenangi oleh rumah Ledang yang diwakili oleh Cg. Adnan, Cg. Jalludin dan Ustaz Zamri, manakala kategori guru perempuan dimenangi oleh Cg. Nina, Cg. Wan dan Cg. Ruzaifizah yang mewakili rumah Santubong. Keputusan pertandingan ini ditentukan berdasarkan jumlah mata yang diperoleh setiap rumah sukan.
Pelbagai gelagat guru yang mencuit hati sepanjang acara berjalan. Semua guru menunjukkan sikap terbuka bagi mengeratkan hubungan dengan pelajar. Para guru juga mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi bagi menunjukkan contoh yang terbaik kepada pelajar. Seperti peribahasa “kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya”
Acara ini berjalan dengan sangat meriah. Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua insan yang bergelar guru terutamanya warga SMKB.