Laporan oleh Nur Atikah Roslan
Pada 17 dan 18 Februari yang lalu, Unit Sukan SMKB telah menjalankan Sukan tara Peringkat Sekolah. Aktiviti rutin yang dijalankan setiap tahun ini adalah selaras dengan Dasar 1M1S di samping mencari bakat-bakat baru untuk diketengahkan mewakili sekolah di peringkat daerah. Program yang dijalankan selama dua hari ini amat meriah dan mendapat sambutan oleh para pelajar. Semangat kesukanan dan ingin bersaing antara rumah sukan jelas kelihatan bukan sahaja dalam kalangan pelajar malah dalam kalangan guru-guru rumah sukan juga. Rumah Santubong mengungguli kejohanan pada kali ini dengan hanya mendahului 3 mata dari Johan tahun lepas, Rumah Ledang. Tahniah kepada para pemenang dan AJK Pengelola.