Pendaftaran & Orientasi Tingkatan 1

Laporan oleh Nur Azreen Halim

Pada 2 Januari 2014 , SMK LKTP Belitong  telah mengadakan program pendaftaran dan orientasi tingkatan 1 yang diadakan di  Dewan SMK LKTP Belitong. Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan tentang segala maklumat SMKB kepada para pelajar tingkatan 1. Program ini dikendalikan oleh Unit Hal Ehwal Murid dan Unit Bimbingan & Kaunseling. Antara pengisiannya adalah penerangan oleh Puan Hidayah Abdul Hamid sebagai guru SPBT yang  dipertanggungjawabkan untuk memberi maklumat tentang peminjaman buku teks pada tahun ini. Selain itu, Encik Mustafa Kamal Yahya telah dipertanggungjawabkan juga untuk memperkenalkan peraturan-peraturan sekolah, serta lagu rasmi  sekolah.

Program ini diteruskan dengan ucapan dari pengetua sekolah yang bertujuan untuk menyambut warga baru di SMKB dan membantu meningkatkan lagi semangat ingin belajar di sekolah itu. Terima kasih kepada pihak yang terlibat menjayakan program orientasi dan pendaftaran pelajar tingkatan 1 bagi tahun 2014.semoga program sebegini dapat diteruskan lagi pada tahun yang akan datang .

Album Gambar Pendaftaran & Orientasi Tingkatan 1

Comments are closed.