Laporan oleh Nur Fatihah Rosli
Pada 23 Disember 2013 telah diumumkan keputusan PMR tahun 2013 yang mana sekolah kita telah melakar lagi sejarah dengan mencatat keputusan terbaik sejak sekolah ini dibuka dengan mencapai 83% dan GPS 3.49. Seramai 2 orang pelajar mendapat 8A. Pelajar yang bertuah itu ialah Mohamad Shahrul bin Md Rashid dan Natashaidayu binti Romzi. Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pencapaian cemerlang ini. Semoga kecemerlangan ini dapat diteruskan dalam peperiksaan SPM 2013 nanti. Tahniah diucapkan kepada semua.