Majlis Perpisahan Cg. Halimaton
Pada 7 mei 2018, khamis telah berlansungnya majlis perpisahan Pn. Halimaton, guru bimbingan kaunseling SMK LKTP Belitong. Majlis bermula pada jam 7 pagi dengan bacaan al mathurat dam yassin yang dipimpin oleh saudara adib dan fahkri. Selesai membaca al mathurat dan yassin majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan yang diadakan sepanjang program ihya ramadhan seperti bacaan surah terbaik dan penyerahan bantuan kepada pelajar yang kurang berkemampuan.
