Majlis Persaraan Pn. Hjh. Sabariah Mamat

Laporan oleh Nurul Saiyidah Ab Rahman

 

Pada 29 Mac 2018, telah berlangsungnya Majlis Bakti Disanjung Budi Dijunjung Sempena Majlis Persaraan Pn. Hjh. Sabariah binti Mamat bertempat di Dewan Sri Cempaka Felda Ulu Belitong bermula jam 11.00 pagi.

Majlis bermula dengan kehadiran yang diraikan Pn. Hjh. Sabariah bersama suami En. Md. Hashim masuk ke dewan menuju ke pentas persandingan. Doa selamat dibacakan oleh Ustaz Zamri diikuti dengan bacaan ayat suci Al Quran oleh Sdr. Muhd. Fakhri. Kemudian sebuah persembahan nasyid dari Kumpulan Nasyid sekolah mengambil tempat dan majlis diteruskan dengan majlis ucapan dimulai oleh wakil pelajar Sdr. Muhd. Asnawi.

Setelah itu, ucapan dari Pengetua Pn Hjh. Mahizan yang menyatakan terima kasih atas segala sumbangan dan jasa yang telah dicurahkan oleh Pn. Hjh. Sabariah ke atas sekolah ini. Seterusnya Kumpulan Tari Seri Mastuli mempersembahkan sebuah tarian zapin dan pelajar tingkatan 2 pula membuat persembahan nyanyian.

Sebagai kenang-kenangan sebuah video ringkas ucapan dari pelajar dan guru ditayangkan diikuti dengan penyampaian cenderahati kepada yang diraikan. Sesudah itu, ucapan perpisahan dari Pn. Hjh. Sabariah buat kali terakhirnya secara rasmi untuk warga sekolah.

Majlis diakhiri dengan upacara memotong pulut kuning, sesi bergambar dan bersalaman.

Comments are closed.