Jom Ke Sekolah


Isnin 17 Februari 2025 merupakan hari pertama persekolahan sesi akademik 2025/2026. Justeru, pihak sekolah mengambil inisiatif melancarkan kempen Jom Ke Sekolah bagi mendorong dan mengingatkan semua murid SMKB agar selalu hadir ke sekolah. Kempen ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling dan Unit HEM.


Bersempena hari pertama persekolahan ini juga pihak sekolah telah memberikan saguhati kepada murid-murid yang datang awal. Tuan pengetua, Pn Hjh Noor Azura binti Jafferi dalam ucapannya menggesa semua murid SMKB untuk mengekalkan semangat juang yang bermula hari ini sehingga akhir tahun. Hal ini kerana pendidikan adalah satu-satunya harta mutlak milik murid yang tidak boleh diambil oleh sesiapa pun. Jom Ke Sekolah!


Comments are closed.