5 MAC 2020 – Mahrajan Al-Quran Sekolah-sekolah (MQSS) 2020 Peringkat Sekolah Menengah Daerah Kluang, Johor. SMK LKTP Belitong menjadi Tuan Rumah.
Sebanyak 10 acara yang dipertandingkan: Tilawah Al-Quran (L) & (P), Hafazan Al-Quran (L) & (P), Tahfiz Terbuka, Tulisan Khat (L) & (P), Mimbar Daie (L) & (P) dan Nasyid.
Dua orang peserta dari SMKB telah berjaya mendapat tempat iaitu Muhammad Najmie Harith Bin Abd Halim (JOHAN Mimbar Daie L) dan Anis Izzati Binti Muhamed Salehudin (JOHAN Mimbar Daie P). Mereka akan mewakili Daerah Kluang ke Pertandingan MQSS Peringkat Negeri Johor pada 27 & 28 Mac 2020 di Pasir Gudang.