
27 Feb 2020 – SMK Belitong telah mengadakan Hari Terbuka & Diskusi akademik pada jam 11.00pg. Program Ceramah berlangsung di Dewan Bestari untuk Tingkatan 3 & 5 manakala Di Surau Al Falah untuk tingkatan 1,2 & 4. Ceramah di Dewan disampaikan oleh Pn Hjh Sumilah Bt Marto (Ketua Wanita Negeri, Pertubuhan IKRAM Negeri Johor). Ceramah di surau AL Falah disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Said B Mohd Kamal (Anwarul Muhabbah Pusat Ilmu Barakah). Hari terbuka ini turut dihadiri ibu bapa pelajar. Pemberian Bantuan awal persekolahan di adakan selepas selesai ceramah.