Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Murid 2020

Ahad 2 Februari 2020: Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Murid telah diadakan di Stadium Mini SMK LKTP Belitong. Objektif majlis ini adalah untuk memberi pengiktirafan yang sewajarnya kepada pemimpin murid kerana sumbangannya membantu sekolah. Pemimpin Murid terdiri dari Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua & Penolong Ketua Tingkatan, Student Leader’s Board dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).

Majlis bermula dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Bangsa Johor dan lagu Sekolah diikuti bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Pelajar. Seterusnya ucapan alu-aluan dari Pengetua Sekolah dan ucapan perasmian oleh sarjan Nor Aini binti Otoh, Pegawai Perhubungan Sekolah IPD Kluang.

Penyampaian watikah pelantikan dimulai dengan Pengawas Sekolah, Pengawas PSS, Ketua & Penolong Ketua Tingkatan, Student Leader’s Board dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan diikuti dengan lafaz ikrar.

Comments are closed.