Program Sekolah Penyayang

Ahad 12 Januari 2020 7:30 pagi Dataran Budi: Unit HEM SMK LKTP Belitong telah melancarkan Program Sekolah Penyayang bagi tahun persekolahan 2020 dengan matlamat untuk membangun sahsiah diri murid melalui budaya amalan penyayang. Objektif program;

  • Membentuk karakter serta sahsiah diri murid yang disenangi oleh warga sekolah.
  • Menimbulkan rasa dihargai dan diterima dalam kalangan pelajar.
  • Mewujudkan suasana harmoni guru dan pelajar.
  • Meningkatkan rasa seronok ke sekolah dan meningkatkan peratus kehadiran 95%.

Acara dimulakan pada jam 7.30 pagi dengan kehadiran tetamu jemputan, Pengurus FELDA Ulu Belitong selaku YDP PIBG, wakil Pengurus Ladang Sindora dan Ladang Tabung Haji, Pengerusi Persatuan KAF Felda Ulu Pengeli dan wakil-wakil dari GPW. Program bermula dengan Perhimpunan Rasmi Sekolah diikuti dengan ucapan alu-aluan pengetua yang mengharapkan dengan adanya Program Sekolah Penyayang ini dapat mencapai objektif program yang telah digariskan dan seterusnya dapat memacu akademik murid ke arah yang lebih baik.

YDP PIBG Tn. Hj. Saadon bin Jonit dalam ucapannya berterima kasih kepada semua tetamu yang hadir dalam menjayakan program ini. Zaman dahulu, pelajar takut untuk ponteng tanpa sebab kerana guru amat garang tetapi hari ini trend telah terbalik di mana pelajar yang mencabar guru. Oleh itu, setiap lapisan komuniti mempunyai tanggungjawab yang sama terhadap pelajar, memastikan pelajar sentiasa datang ke sekolah dan mengikut segala peraturan yang ditetapkan serta menghindar dari aktiviti tidak sihat.

ATUR CARA PROGRAM

7.30 pagi Perhimpunan Rasmi
8.00 pagi Pelancaran Program Sekolah Penyayang, Ucapan Aluan Pengetua.
  Perasmian oleh Tn. Hj. Saadon bin Jonit, Pengurus Felda Ulu Belitong/ YDP PIBG.
  Penyerahan simbolik Kasih Sayang Mentor-Mentee kepada Ketua Tingkatan.
  Penyampaian Hadiah Kehadiran Cemerlang Guru Tahun 2019,
  Doa Selamat dan Bersurai

Comments are closed.