Laporan oleh Anis Izzati Mohamed Sallehudin & Nurul Syuhada Mohd Romee
Pada hari Rabu, 18 julai 2018 bertempat di SMK LKTP Belitong telah berlangsungnya Hari Diskusi Akademik dan Karnival Kokurikulum Peringkat Sekolah 2018. Pada jam 7.05 pagi bacaan Al-Mathurat diadakan. Seterusnya ucapan aluan oleh pengerusi majlis, Pn. Hidayah Binti Abdul Hamid. Selesai memberi ucapan nyanyian lagu-lagu patriotik oleh semua pelajar dan warga sekolah. Seterusnya pengurusan kelas bersama guru pembantu. Pada jam 7.40 pagi bacaan doa oleh ustaz Aziz Bin Ahmad dan diteruskan dengan ucapan dari pengetua SMK LKTP Belitong, Pn. Hjh Mahizan Binti Muhammud. Beliau telah memberi ucapan tentang objektif program.
Seterusnya pada jam 8 hingga 10 pagi hari diskusi akademik bersama ibu bapa/ penjaga diadakan. Lokasi perjumpaan bagi tingkatan 3, 4 dan 5 ialah di dewan manakala pelajar tingkatan 1 dan 2 di kelas-kelas yang berada di blok A dan B.
Seterusnya pada jam 9 pagi jamuan kudapan kepada peserta gubahan dan infrastruktur senamrobik menandakan karnival kokurikulum bermula.
Terdapat banyak aktiviti yang menarik antaranya sukaneka, running man, rumah hantu dan banyak lagi. Pada jam 9.30 pagi hingga 11.00 pagi pertandingan gubahan diadakan.
10 pagi pertandingan mewarna kanak-kanak diadakan dan pada jam 10.30 pagi penyampaian hadiah diadakan. Program diteruskan lagi dengan pertandingan belitan tudung dan busana muslimah.
Pada jam 11.30 pagi majlis penyampaian hadiah untuk pertandingan gubahan dan cabutan bertuah diadakan. Pada jam 12 tengah hari penyampaian hadiah pertandingan belitan tudung dan busana muslimah diadakan. Manakala para pelajar dan guru yang tidak terlibat dengan pertandingan menikmati hari kokurikulum.
Antara gerai yang disediakan ialah bundle RM1, makanan western, sushi dan makanan utara. Terdapat juga pameran seperti pameran dari kelab sains dan matematik dan pameran IPTA. Pada jam 2 para pelajar diminta untuk bersurai.