Laporan oleh Anis Izzati Mohamed Sallehudin
Pada 28 Januari 2018, Ahad telah berlangsungnya mesyuarat agung PIBG kali ke-22 bertempat di dewan bestari SMK LKTP Belitong. Majlis tersebut bermula pada jam 10 pagi. Sebelum bermula majlis tersebut ibu bapa dan para jemputan di minta untuk berdaftar dan mengambil tempat duduk. Pada jam 10.30 pagi yang berbahagia Tuan Asmi bin Haji Mislan, Penghulu Mukim Renggam iaitu tetamu vip tiba.
Kemudian majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh al-fadhil Ustaz Noraziz. Kemudian majlis diteruskan lagi dengan ucapan alu-aluan dari Pengetua SMK LKTP Belitong, Pn. Hjh. Mahizan binti Muhammud dan YDP PIBG SMK LKTP Belitong, Tn. Hj. Zainal Abidin bin Jilani. Selepas selesai berucap majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh yang berbahagia Tuan Asmi bin Haji Mislan, Penghulu Mukim Renggam.
Seterusnya penyampaian anugerah cemerlang dan cenderamata kepada AJK PIBG. Pada jam 11.15 para tetamu dan ibu bapa menikmati jamuan. Seterusnya Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-22 dimulakan.
Dalam mesyuarat tersebut telah dinyatakan tentang pelantikan AJK terbaru dan membahaskan usul seperti Tn. Haji Zainal Abidin telah mencadangkan agar sumbangan PIBG dikenakan sebanyak RM100. Kemudian diteruskan lagi dengan ucapan penangguhan mesyuarat oleh pengetua SMK LKTP Belitong. Pada jam 12.30 tengah hari majlis tamat.