Laporan oleh Anis Izzati
Pada hari Ahad 19 November 2017, telah berlangsungnya Majlis Bakti Di Sanjung Budi Di Junjung sempena persaraan Puan Hjh. Noriah Ali. Majlis dimulakan pada jam 11.00 pagi, Puan Noriah memasuki dewan bersama keluarga dengan diiringi oleh guru-guru dan Kumpulan Tari Seri Mastuli. Puan Noriah diminta untuk duduk di pelamin yg telah disediakan.
Sebelum majlis diteruskan lagi Ustaz Noraziz diminta untuk membacakan doa. Seterusnya, persembahan zapin dari Kumpulan Tari Seri Mastuli. Majlis diteruskan dengan ucapan dari puan pengetua, Puan Hjh. Mahizan, dalam ucapan beliau telah menyatakan jasa yang telah Puan Noriah semaikan di sekolah ini begitu banyak.
Kemudian majlis diteruskan lagi dengan persembahan zapin, sekali lagi oleh Kumpulan Tari Seri Mastuli. Seterusnya persembahan monolog dari pelajar iaitu Sdri. Norazizah dan Sdri. Izzati Aliah. Kemudian penyampaian cenderamata dari pelajar menengah rendah. Selepas itu ucapan dari wakil pelajar dan diteruskan dengan persembahan monolog guru dari Pn. Aisyah dan Pn. Azlina. Majlis diteruskan dengan persembahan zapin dan koir dari pelajar tingkatan 2 Amal dan 2 Bakti.
Selepas itu majlis diteruskan lagi dengan persembahan monolog dari Ppuan Liza dan diteruskan dengan En. Mustafa Kamal. Seterusnya persembahan monolog dari pelajar iaitu Sdr. Ahmad Solihin dan Sdr. Muhd. Asnawi. Kemudian majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah dari pelajar menengah atas, guru-guru, wakil dari pengawas dan pengawas pusat sumber sekolah, serta hadiah persendirian. Selepas selesai penyampaian hadiah kepada Puan Noriah majlis diteruskan lagi dengan ucapan dari Puan Noriah, dalam ucapan beliau telah menyatakan tentang sekolah dan harapan beliau. Selepas selesai memberi ucapan, Puan Noriah diminta untuk memotong pulut kuning. Seterusnya sesi bergambar bersama guru.
Seterusnya persembahan penutup dari Kumpulan Tari Seri Mastuli dan koir dari pelajar tingkatan 2 Amal dan 2 Bakti. Selepas selesai membuat persembahan, majlis diteruskan dengan lambaian terakhir. Para pelajar diminta untuk mengiringin Puan Noriah ke ke kereta beliau untuk lambaian terakhir. Seterusnya para pelajar diberikan aiskrim dan guru-guru serta staf-staf sekolah diminta untuk menjamu selera. Selepas selesai majlis tersebut semua para pelajar diminta untuk pulang ke rumah masing-masing.