Buletin Saujana
Ahad 8 Oktober, jam 11.45 pagi, bertempat di Surau Al Falah telah diadakan program Majlis Restu Ilmu PT3. Pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan penting bukan sahaja memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar dari segi persediaan menghadapi peperiksaan malahan mereka juga sebenarnya sangat memerlukan perhatian dan sokongan moral dari individu yang berada di sekeliling mereka. Memandangkan guru merupakan ibu bapa kedua kepada mereka, maka diharap melalui program ini akan membuktikan kepada mereka bahawa pihak sekolah dan guru-guru sangat prihatin dan menaruh harapan tinggi seterusnya mampu meningkatkan lagi keyakinan pelajar dalam menghadapi peperiksaan. Program ini juga diharap mampu menerapkan budaya berterima kasih pelajar kepada guru atas segala ilmu dan pengorbanan yang dicurahkan.
Antara objektif program Majlis Restu Ilmu PT3 ini adalah;
- Meningkatkan motivasi pelajar di saat-saat akhir menjelang peperiksaan agar lebih berkeyakinan untuk menghadapi peperiksaan.
- Mencetuskan kesedaran dalam diri pelajar mengenai perlunya berusaha bersungguh-sungguh dan mencapai keputusan cemerlang.
- Meningkatkan kuantiti dan kualiti calon PT3 yang berjaya dalam peperiksaan.
- Memupuk budaya penyayang di kalangan warga sekolah.
Berikut adalah tentatif program Majlis Restu Ilmu PT3;
MASA | AKTIVITI |
11.45 pagi | Semua calon PT3 berkumpul di surau Semua guru tingkatan 3 & guru mata pelajaran mengambil tempat |
11.50 pagi – 12.40 tengah hari |
Majlis RESTU – Bacaan Doa Menghadapi Peperiksaan – Ucapan Wakil Pelajar – Ucapan Wakil Guru Tingkatan 3 – Lafaz Ikrar Kecemerlangan – Penyampaian Sumbangan Alat Tulis – Sesi ilmu di restu & bersalaman guru dan pelajar |
12.40 tengah hari | Taklimat PT3 oleh Pn Hjh Nik Fauziah binti Husein |
1.15 – 1.30 tengah hari | Tips menghadapi peperiksaan bersama Guru Bimbingan & Kaunseling |
[huge_it_gallery id=”7″]