Kem Jaya Diri

Laporan oleh Siti Nurul Ain Hamzah

Kem ini dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru PIBG serta penglibatan Persatuan Ibu Bapa dan Komuniti PIBK. Kem yang diadakan di SMK Belitong pada 16-18 Mac 2017. Kem ini melibatkan semua pelajar 5mst dan 5msi seramai 37 orang.

16 Mac 2017- Kem bermula pada jam 3:00 petang dan semua pelajar berkumpul di dewan SMK Belitong. Sedikit taklimat oleh Pn Saimah berkenaan tentatif kem sekali gus melantik penghulu dan penghulu wati kem. Kedatangan fasilitator pada jam 3:30 iaitu En Yahya bin Salim yang merupakan Konsultan Bumi Jati SDN BHD. Slot pertama dimulakan dengan sesi suai kenal antara pelajar dengan fasilitator. Sesi tersebut berakhir pada jam 4:30 petang. Slot kedua ; 9:00 malam – para pelajar menonton sebuah filem Indonesia iaitu “laskar pelangi”  yang berkaitan dengan pendidikan dan pelajaran dalam kehidupan masyarakat Indonesia pada masa itu.

Slot ketiga; 17 Mac 2017, 8:30 pagi: para pelajar dan fasi berkumpul di dewan untuk memulakan fokus aktiviti yang berkaitan dengan filem yang telah mereka tonton iaitu “laskar pelangi”. Para pelajar dibahagi kan kepada 5 kumpulan dan mereka diminta membuat pengajaran yang mereka peroleh dari filem tersebut. Setelah itu, mereka akan membentangkan hasil kerja mereka mengikut kumpulan. Slot ini berakhir pada jam 12:30 tengah hari. Slot keempat; 9:00 malam; pelajar berkumpul di dewan dan memulakan aktiviti dengan permainan cap kali cap. Seterusnya, mereka bermain permainan simpul tangan. Aktiviti terakhir mereka pada malam itu ialah debat tentang kegunaan bahan alam semula jadi. Ketiga-tiga aktiviti ini adalah di dalam kumpulan masing-masing.

Slot kelima; 18 Mac 2017; 8:30 pagi-  slot terakhir bersama fasilitator iaitu permainan “saya kata”. seterusnya, kehadiran penceramah iaitu Dato’ Habibah yang merupakan  mantan ketua pengarah arkib Negara. Ceramah tersebut ialah tentang “saya juga pernah belajar”. Sepanjang ceramah tersebut, beliau banyak memberikan para pelajar tips untuk berjaya dalam akademik seperti beliau. Ceramah tersebut berakhir pada jam 11:00 pagi.

Kehadiran para tetamu VIP di dewan jam 11:30. Penutup – Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Iman Syafiq bin Md Sani. Seterusnya, ucapan daripada penghulu iaitu Shafiq Aiman bin Md Sharif. Kemudian, ucapan  guru penolong kanan sekolah, En Basir bin Ibrahim . selanjutnya, ucapan daripada En Zainal Abidin sekaligus merasmikan penutupan Kem Jaya Diri. Sedikit cenderamata daripada pihak seklah kepada fasilitator kem iaitu En Yahya bin Salim di atas kesudian beliau mengendalikan kem ini. Semua orang bersurai pada jam 1:00 tengah hari.

Comments are closed.