Ceramah & Pameran Kesihatan

Laporan oleh Nurfarzana Shahrum

Bersempena program Bulan Jom Jadi Sihat, satu Ceramah & Pemeran Kesihatan oleh Klinik kesihatan Felda Ulu Belitong telah diadakan pada hari Khamis 9 Mac 2017. Program ini bermula dari jam 8.30 hingga 10.30 pagi melibatkan semua pelajar tingkatan 4. Sesi ceramah ini disampaikan oleh Doktor Shahrul Razi. Beliau menerangkan beberapa jenis penyakit seperti TIBI, HIV dan TALASEMIA. Beliau juga menerangkan punca-punca penyakit tersebut sekali menenangkan bagaimana cara untuk mengatasinya.

Unit farmasi juga menerangkan ubat-ubatan yang berkaitan dengan penyakit tersebut. Seterusnya, pegawai kesihatan memberi rawatan susulan kepada pelajar yang disyaki mempunyai penyakit. Guru guru juga menerima rawatan yang sama. Akhir sekali, Puan Aisyah binti Othman selaku guru kesihatan SMK Belitong mengucapkan terima kasih kepada pegawai kesihatan yang sudi meluangkan masa bersama pelajar. Sagu hati juga diberikan sebagai tanda terima kasih.

Comments are closed.