Laporan oleh Nur Farzana Shahrum
Program Mengilap Minda Seorang Juara ini di adakan pada 18 Februari 2017 pada hari Sabtu di dewan bestari sekolah menengah Belitong. Pelajar yang terlibat ialah calon-calon PT3 dan SPM. Program ini bermula pada jam 8 pagi hingga 12.30 tengah hari. Sesi pendaftaran dijaga oleh guru-guru yang terlibat. Penceramah motivasi kali ini ialah Puan Azian binti Abdul Rahman selaku pegawai daerah Mersing dan pernah menjadi guru bahasa Inggeris selama 12 tahun. Beliau mengendalikan program ini dimulai dengan sesi senaman pagi sebelum memulakan ceramah.
Buku Program Menggilap Minda Seorang Juara
Pelajar pelajar sangat suka akan cara beliau menyampaikan ceramah beliau dari segi mental dan fizikal. Selama 2 jam berada di dewan beliau menangguhkan ceramah beliau untuk memberi peluang kepada pelajar rehat dan menjamu selera di surau. Penceramah dan penolongnya bersama pengetua menjamu selera di bilik pengurusan yang disediakan oleh katering sekolah. Selepas menjamu selera, pelajar-pelajar serta penceramah tersebut.
Gambar Program Menggilap Minda Seorang Juara
Sesi motivasi dimulakan setelah pelajar masuk dan berada di dewan bestari. Penceramah menghabiskan ceramahnya selepas 2 jam berlalu. Sebelum menamatkan sesi motivasi tersebut, penceramah memberi amanat kepada calon-calon PT3 dan SPM supaya timba ilmu di sekolah kerana Allah dan jangan hampakan ibu bapa.
Akhir sekali, YDP PIBG tiba di sekolah untuk merasmikan program tersebut. YDP PIBG iaitu Tuan Zainal Abidin bin Jilani juga menyampaikan amanat supaya calon-calon PT3 dan SPM tidak menghabiskan masa dengan perkara yang tidak berfaedah malahan YDP PIBG tersebut menggalakkan ‘anak-anak’ bak kata YDP supaya menghabiskan masa dengan mengulang kaji pelajaran di rumah atau di mana tempat yang berilmu. Sagu hati diberikan kepada penceramah kita sebagai tanda terima kasih kerana sanggup meluangkan masa bersama pelajar-pelajar SMKB. Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar dan teratur. Terima kasih kepada guru-guru yang menolong pihak sekolah dan kaunseling. Anjuran program ini daripada pihak PIBG.