Sukantara 2015

File #09100215

Sukantara, sukan yang melibatkan semua pelajar mengambil bahagian dalam empat acara iaitu 100 meter, 400 meter, lompat jauh dan lontar peluru telah dijalankan pada 9 & 10 Februari 2015. Bermula jam 7.30 pagi, pelajar bergerak ke perkarangan Stadium Mini mengikut rumah sukan masing-masing. Terlebih dahulu semua pelajar melakukan sesi regangan dan memanaskan badan beramai-ramai yang diketuai oleh kumpulan pelajar SPTS sebelum bergerak ke venue acara yang ditetapkan. Sukantara ini terbahagi kepada 2 fasa dengan 1 jam diperuntukkan bagi setiap fasa dan jumlah kesemuanya 4 fasa dalam 2 hari tersebut.

Sesi pembahagian acara mengikut rumah sukan adalah seperti berikut;

Hari Pertama: 9 Februari 2015
Fasa 1   Fasa 2  
Kinabalu Lontar Peluru Jerai Lompat jauh
Ledang Lompat Jauh Santubong Lontar Peluru
Jerai & Santubong 100 Meter Ledang & Kinabalu 400 Meter
Hari Kedua: 10 Februari 2015
Fasa 1   Fasa 2  
Jerai Lontar Peluru Kinabalu Lompat Jauh
Santubong Lompat Jauh Ledang Lontar Peluru
Ledang & Kinabalu 100 Meter Jerai & Santubong 400 Meter

Semua acara berjalan dengan baik seperti yang dirancang dan tiada kecederaan yang tidak diingini berlaku, kecuali bagi acara larian 400 meter, ramai yang tidak dapat menghabiskan larian. Bagaimana pun kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan oleh setiap rumah sukan amatlah baik sekali dan wajar dipuji.

Kiraan mata untuk Sukantara ini mengikut formula; Jumlah Keseluruhan Mata / Jumlah Bilangan Ahli Rumah = Mata Purata. Dengan itu, keputusan rasmi Sukantara 2015 adalah seperti berikut;

 No. Rumah  Mata
1 Santubong 4.51
2 Ledang 4.04
3 Jerai 3.70
4 Kinabalu 3.13

Tahniah kepada rumah Santubong yang menjadi Johan Sukantara 2015.

Comments are closed.