Kem Kepimpinan 2014

Laporan oleh Aiman Najla Muchtar

Pada 4-6 April 2014, Lembaga Pengawas, PSS dan Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan satu Kem Kepimpinan SMK LKTP Belitong untuk para pemimpin sekolah yang terdiri darpada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, ketua dan penolong tingkatan.

Objektif Kem Kepimpinan ini diadakan adalah untuk melahirkan insan yag seimbang selaras dengan pendidikan kebangsaan, melatih pelajar bertugas sebagai seorang pemimpin yang berwibawa dan menyemai bakat kepimpinan dalam kalangan pelajar. Pendaftaran peserta kem bermula pada jam 3.00 petang 4 April dan selepas itu semua peserta berkumpul di dewan. Mereka diberi penerangan mengenai peraturan, ceramah tentang mandi wajib oleh Ustazah Nor Azzyean Nadia Abu, ceramah tentang sahsiah diri oleh Ustaz Rohaizat Mion.

Kem ini dikendalikan oleh guru-guru penyelaras Lembaga Pengawas dan Unit Kaunseling dengan kerjasama seramai 24 orang fasilitator dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi yang diketuai oleh Saudara M Fikri Abu Mutalib. Para peserta dibahagikan kepada 10 kumpulan bagi memudahkan aktiviti. Kumpulan tersebut ialah Kaito Kit, Kapten Boleh, Marvel Avengers, Power rangers, Hang Tuah, Kids Warrior, Thor, Kluang Man, MB dan kumpulan paling cemerlang ialah Captain Malaysian yang diketuai oleh Saudara Fahrul Azmi. Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang kem ini berlangsung.

Pada malam pertama, mereka menjalankan sesi “Ice Breaking” bersama fasilitator, antara aktiviti yang dijalankan ialah kasut Cinderella, bulatan belon dan ikatan tangan.

Pada 5 April 2014, aktiviti senamrobik dan cheers untuk kumpulan masing-masing dijalankan. Seterusnya pada pukul 9.00 pagi mereka menjalankan LDK: “This Mean War” dan LDK: “Great Egg Drop”. Untuk pertandingan Menara Telur, KluangMan, Captain Malaysian dan Tuah mendapat tempat dan hadiah berupa wang palsu. Aktiviti LDK: “Belitong Confession” pula dijalankan pada waktu petang dari pukul 2.00-3.00 petang. Seterusnya setiap kumpulan membuat persediaan untuk acara kemuncak yang ditunggu-tunggu iaitu “Belitong’s Got Talent”.

Acara sukaneka turut dilakukan pada petang itu melibatkan permainan balingan kasih sayang, mengira reben, bawa bola pingpong guna sudu dan cari duit syiling dalam tepung. Peserta kem bergembira kerana aktiviti yang dijalankan sangat menyeronokkan. Pada sebelah malam, acara “Belitong Got Talent” berlansung. Ini merupakan malam terakhir untuk peserta kem. Kumpulan Captain Malaysian mendapat keputusan yang paling tinggi dengan mempersembahkan Dikir Barat. Juri untuk acara itu ialah Ustazah Nor Azzyean Nadia Abu, Pn Fairuzi Rahamat dan Cik Sharifah Nur Sharnina Syed Azhar. “Belitong Got Talent” berakhir dengan kegembiraan dan keseronokan peserta kem dan juga fasilitator-fasilitator tersebut.

Pada hari terakhir 6 April 2014, majlis Penutupan Kem Kepimpinan SMK LKTP Belitong berlangsung dengan lancar. Semua pemimpin, fasilitator-fasilitator, guru-guru dan para pelajar duduk di Dataran Budi untuk perhimpunan rasmi. Guru penolong kanan Hal Ehwal pelajar, En Zulkapli Bin Ahmad memberi ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis penutupan Kem Kepimpinan tersebut. Ketua fasilitator, Sdr Fikri Mutalib memberi ucapan pada hari terakhir mereka di SMK Belitong. Selepas tamat Majlis Penutup tersebut, kesemua ahli Kem Kepimpinan dan Fasilitator-fasilitator bergambar beramai-ramai untuk kenangan bersama. Kemudian, mereka mengiringi para fasilitator menaiki bas dan mengucapkan kata terakhir sebelum pulang ke UKM.

Comments are closed.