Kejohanan Balapan & Padang MSSD Kluang 2014

Laporan oleh Nur Mazlela Mazlan

Kejohanan Balapan Dan Padang MSSD Kluang 2014 telah diadakan pada 10 Mac hingga 14 Mac 2014 di Stadium SMK Tun Hussien Onn, Kluang. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Rozali Jemali, pengetua SMK Tinggi Kluang, merangkap pengerusi Majlis Pengetua Kluang. SMKB telah menghantar wakil seramai 32 orang atlet untuk bertanding diiringi 5 orang guru iaitu En Mohd Jaluddin Kasman, En Azhar Rezali, En Rosli Mamat, Pn Azlina Boko dan Pn Liza Daud. Secara keseluruhannya, sekolah kita memperoleh pungutan pingat yang baik berbanding tahun lepas dengan menggondol 2 emas, 3 perak dan 5 gangsa. Pingat emas berjaya diperoleh daripada Azrul Fahmi bin Azahari (Acara 3000m L15) dan Muhd Nur Fitri bin Md Nor (Lempar Cakera L15). Pingat perak pula diperoleh daripada Mohd Fikri Abu Hanifah (Acara 200m L18), Azrul Fahmi Azahari (Acara 1500m L15) dan Nor Faizah Samian (Rejam Lembing P15). Pingat Gangsa pula diperoleh daripada Mohd Fikri Abu Hanifah (Acara 100m L18), Siti Nur Atikah Abu Hanifah (LompatTinggi P13), Nor Faizah Samian (Lempar Cakera P15), Nor Liana Amira Hadzhar (LompatTinggi P18) dan Azizol Md Isa (Acara 400m Lari berpagar L18). Walau bagaimanapun, sekolah kita telah membuat yang terbaik untuk mengharumkan nama sekolah. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada semua pemenang dan guru-guru yang terlibat dalam melatih pelajar. Semoga prestasi sukan SMKB dapat ditingkatkan lagi pada tahun hadapan.

#TAHNIAHSMKBELITONG

Comments are closed.