Dalam memastikan visi dan misi SMKB dapat dicapai, Pihak Pengurusan Sekolah telah merangka satu Gagasan Aspirasi yang perlu difahami, dihayati dan diamalkan oleh semua warga sekolah termasuklah Pekerja Swasta, Anggota Kakitangan Sokongan, dan Guru-guru dalam merealisasikan Slogan Sederap Bekerja Bagi Mendapat Reda Allah. Dalam ertikata lain, semua warga sekolah dituntut memahami konsep SMART, FOKUS dan TERSOHOR dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada mereka secara bersama bagi melahirkan sekolah yang Cemerlang , Gemilang, dan Terbilang.

SMART
Warga sekolah dalam bekerja hendaklah;
- Bijak merancang Pengajaran dan Pembelajaran yang sesuai, tepat, berinovasi dan kreatif supaya objektif pengajaran dapat dicapai dengan jayanya.
- Bijak menggunakan pendekatan abad ke-21 dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
- Bijak dan kreatif dalam menyampaikan Kemahiran Aras Tinggi (KBAT) supaya hasrat untuk melihat kemenjadian murid pada masa akan datang tercapai.
- Bijak mengaplikasikan semua teknik dan kaedah Pengajaran supaya matlamat pengajaran berfokuskan murid dapat dilaksanakan dengan berkesan.
- Bijak menyerapkan konsep penyayang di dalam kelas supaya pelajar berasa selesa dan dihargai dan seterusnya pengajaran dan pembelajaran lebih mudah meresap dan diterima oleh pelajar.
- Bijak merancang dan melaksanakan aktiviti kokurikulum dan sukan supaya aktiviti yang dilaksanakan dapat menyokong Kemenjadian Murid secara keseluruhan.
FOKUS
Warga Sekolah dalam melaksanakan tanggungjawab bagi mencapai sasaran yang ditetapkan hendaklah:
- Fokus kepada perancangan dan pelaksanaan program-program yang memberi impak tinggi baik dalam bidang akademik, sahsiah, kokurikulum dan sukan supaya keputusan akhirnya berjaya menempatkan pelajar dan sekolah pada kedudukan terbaik di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
- Fokus kepada pelaksanaan tugus-tugas penting seperti pengajaran dan pembelajaran, pembentukan sahsiah murid, aktiviti kokurikulum dan sukan yang dapat menaikkan imej sekolah di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
- Fokus kepada kerja yang berkualiti khasnya dalam Pengajaran dan Pembelajaran, sukan dan permainan supaya kejayaan yang cemerlang dapat dicapai terutamanya di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
- Fokus dalam usaha-usaha yang berterusan bagi memartabatkan SMK LKTP Belitong di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
TERSOHOR
Warga Sekolah dalam hasrat melahirkan pelajar yang berjiwa besar hendaklah:
- Memiliki kepercayaan bahawa guru-guru dan pelajar -pelajar berkemampuan untuk mencipta kecemerlang dalam pelbagai bidang baik di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan
- Memiliki keyakinan bahawa usaha gigih dan komitmen yang tinggi sahaja mampu melahirkan pelajar yang cemerlang dan mampu menjadi juara dalam semua pertandingan yang disertai.
- Memiliki minda positif bahawa strategi yang dilaksanakan berkesan dan mampu membawa kejayaan kepada pelajar dan sekolah.
- Memiliki keinginan dan cita-cita menempatkan SMK LKTP Belitong berada di kedudukan terbaik dan menjadi juara dalam pelbagai bidang yang disertai di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
- Memiliki minda bergelar juara dalam semua aktiviti yang disertai di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
‘SMART’, FOKUS, TERSOHOR
Adalah rangkuman fomula untuk mencapai impian, cita-cita dan harapan bagi merealisasikan SMK LKTP BELITONG terus CEMERLANG, GEMILANG dan TERBILANG dalam makna yang lebih mulia SEDERAP BEKERJA BAGI MENDAPAT REDA ALLAH.